suria

61 Kanak-Kanak Di Kemboja Terbunuh Akibat Penyakit Misteri

PHNOM PENH: Pegawai-pegawai kesihatan di Kemboja mencari punca penyakit misteri yang telah membunuh lebih daripada 60 kanak-kanak dalam tempoh tiga bulan yang lalu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Khamis.

"Sindrom yang tidak dikenal pasti" ini telah membunuh 61 daripada 62 kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital sejak April, tetapi tidak ada petunjuk tentang bagaimana ia merebak dari seorang kanak-kanak ke seorang kanak-kanak yang lain, kata jurucakap WHO Aphaluck Bhatiasevi.

Beliau berkata pekerja-pekerja kesihatan cuba untuk menentukan sama ada kes-kes tersebut terdiri daripada penyakit yang sama atau pelbagai penyakit.

Kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun dan pertama sekali akan jatuh sakit dengan demam bersuhu tinggi, diikuti oleh gejala neurologi dan masalah pernafasan teruk.

Kes-kes telah dilaporkan di hospital-hospital di 14 wilayah, dengan kebanyakan yang berlaku di selatan Kemboja.

Menteri Kesihatan Man Bung Heng yang dipetik sebagai berkata sedikit masa mungkin diambil bagi mengenal pasti punca.

Artikel Sebelum

Artikel Lain