suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Filipina Mulakan Penerbangan Ke Malaysia

MANILA: Penerbangan bajet AirAsia Filipina pada Sabtu memulakan operasinya di peringkat antarabangsa dengan penerbangan harian pertama ke Malaysia, kata syarikat itu.

Pesawat Airbus A320 syarikat penerbangan itu melakukan penerbangan sulungnya dengan berlepas dari lapapangan terbang Clark, bekas pangkalan udara AS kira-kira dua jam pemanduan dari Manila, ke terminal tambang rendah di Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan itu yang 60 peratus dimiliki pelabur Filipina dan 40 peratus oleh Malaysia AirAsia International Ltd, bertujuan meneroka pasaran pelancongan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara, kata ketua eksekutif Hontiveros Marianne.

"Kami mahu menarik pelancong dari Malaysia ke pantai dan alam semula jadi yang menakjubkan. Jika kita dapat menarik walaupun sebahagian kecil 24.5 juta pelancong Malaysia, ini akan memberi kesan kepada rekod ketibaan kami," katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Filipina juga merancang untuk memulakan penerbangan ke Hong Kong pada bulan Julai.

Artikel Lain