suria

Empat Pencerobohan Ruang Udara Semasa Lawatan Obama Ke LA

LOS ANGELES: Sebanyak empat pesawat persendirian memasuki ruang udara larangan semasa lawatan Presiden Barack Obama ke Los Angeles.

Komander Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara Lt Cmdr. Bill Lewis berkata tiga pesawat yang memasuki ruang udara terhad pada Rabu dan Khamis dihalang oleh pesawat F-16 dan dipaksa untuk meninggalkan kawasan tersebut dan seorang juruterbang bertindak balas terhadap arahan untuk berpatah balik.

Pada pagi Khamis, dua pesawat enjin kecil diekori dari ruang udara terhad oleh pesawat F-16 pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Pada hari Rabu, jet pejuang F-16 memintas Cessna 117 di barat laut Los Angeles. Kapal terbang yang dipaksa mendarat di Camarillo.

Pesawat keempat memberi maklum balas kepada panggilan radio untuk berpatah balik pada 6.04 pagi, Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain