suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 Orang Dibunuh Rejim Syria

DAMSYIK: Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad didakwa melakukan pembunuhan terbaru membabitkan 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak di sebuah perkampungan di tengah Syria.

“Kami menjumpai 100 mayat di kampung Al-Kubeir” di tengah Wilayah Hama, termasuk 20 wanita dan 20 kanak-kanak," kata jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Mohammed Sermini.

Beliau mendakwa rejim baru presiden itu bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai itu. Beberapa sumber juga mengesahkan berlaku pembunuhan beramai-ramai di tempat sama termasuk dakwaan oleh Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang memberi jumlah kematian 87 orang. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain