suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Cedera Parah Serangan Bom Di Selatan Thailand

BANGKOK: Tujuh orang, termasuk tiga anggota polis dan dua sami, cedera parah dalam satu kejadian serangan bom di Pattani pada Sabtu.

Anggota polis terbabit sedang mengiringi sami yang melakukan rutin harian mereka memungut derma daripada orang ramai apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi Jalan Jaroon, Samran, Pattani pada 6.30 pagi.

Ketua Polis Pattani Kolonel Sompong Misuk berkata dua lagi mangsa ialah orang awam yang sedang memberi makanan kepada sami terbabit ketika bom seberat tiga kilogram itu diletupkan menggunakan walkie-talkie.

Beliau percaya puak pemberontak melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam terhadap kematian seorang ketua kampung pada Selasa yang mereka dakwa didalangi pihak berkuasa.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak puak pemisah dipercayai meneruskan kempen bersenjata mereka bagi menuntut kemerdekaan tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. BERNAMA

Artikel Lain