suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

40 Rumah Rosak Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Sukabumi

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.1 pada skala Richter yang melanda kawasan Sukabumi, Jawa Barat, petang semalam mengakibatkan 40 rumah penduduk rosak, termasuk enam daripadanya yang rosak teruk.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), kejadian itu turut menyebabkan dua orang penduduk mengalami cedera ringan.

Ia merupakan data yang dikumpulkan BNPB setakat pukul 6 pagi ini dan Badan Pengurusan Bencana Daerah Sukabumi masih meninjau tempat kejadian.

BNPB juga sedang menyalurkan bantuan darurat di kawasan-kawasan yang terjejas dengan kejadian gempa bumi itu, yang berlaku pada 6.18 petang, Isnin di lautan, bahagian selatan Jawa Barat.

Kejadian itu mengakibatkan beberapa kawasan lain termasuk Bandung, Tasikmalaya, Bogor dan Jakarta Selatan merasai gegarannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain