suria

125 Senjata Dirampas Dalam Penjara Venezuela

Antara senjata, pistol dan peluru yang dijumpai di Penjara La Planta di Caracas, Venezuela. - AP
Antara senjata, pistol dan peluru yang dijumpai di Penjara La Planta di Caracas, Venezuela. - AP
Antara senjata, pistol dan peluru yang dijumpai di Penjara La Planta di Caracas, Venezuela. - AP

CARACAS, (Venezuela): Pihak berkuasa merampas kira-kira 125 senjata yang disembunyikan dalam susulan daripada ketegangan yang berlaku antara tentera bersenjata dan banduan berakhir sejak lebih dua minggu lallu, kata Ketua Penjara Venezuela pada Ahad.

Iris Varela berkata, pegawai menjalankan pencarian secara terperinci di Penjara La Planta di Caracas dan menemui beberapa senjata dengan memecahkan lantai dan dinding di mana ia disembunyikan, kata Menteri kerajaan untuk penjara.

Beliau berkata, kira-kira 40 peratus kawasan penjara itu masih belum dilakukan pencarian sepenuhnya.

Varela pada sidang akhbar berkata, senjata yang dijumpai termasuk pistol, senapang patah, satu mesingan, satu teropong teleskopik, 27 bahan letupan dan lebih 64,000 butit peluru. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain