suria

Ban Ki-Moon Lawat Ibu Pejabat OIC

JEDDAH: Ban Ki-moon mencipta sejarah sebagai Setiausaha Agung pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melawat ibu pejabat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di sini Ahad.

Kenyataan OIC menyebut lawatan itu berikutan kerjasama kukuh yang terjalin antara OIC dan PBB sejak Ekmeleddin Ihsanoglu dan Ban memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung pertubuhan tersebut.

Ihsanoglu turut memberi jaminan kepada Ban berhubung sokongan dan kerjasama OIC terhadap isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

Aktiviti bersama OIC dan PBB ketika ini dan pada masa akan datang termasuk kerjasama dalam bidang mediasi dan bantuan kemanusiaan, proses perdamaian Palestin-Israel, situasi keselamatan dan kemanusiaan di Syria, Lubnan, Yaman, Somalia, Afghanistan serta wilayah Sahel.

Mengulangi keyakinannya mengenai kedudukan OIC sebagai rakan strategik PBB, Ban berkata kedua-dua pihak bersatu demi membina persefahaman di kalangan rakyat selain toleransi dan kerjasama antara negara. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain