suria

23 Terbunuh Bom Kereta Di Baghdad

BAGHDAD: Pegawai rasmi di Iraq berkata, letupan bom kereta berhampiran dua pejabat kerajaan di pusat bandar Baghdad, membunuh sekurang-kurangnya 23 orang dan mencederakan lebih daripada 100 yang lain.

Dua pegawai polis berkata, kereta yang dimuatkan dengan bahan letupan itu diletakkan berhampiran sebuah pejabat yang menguruskan hal ehwal agama Islam Syiah dan jabatan kesihatan bandar di kawasan Bab al-Muadham.

Letupan pada Isnin merosakkan bangunan berhampiran dan kereta.

Ia berlaku pada kira-kira pukul 11.00 pagi.

Seorang doktor di hospital berhampiran mengesahkan angka mangsa.

Semua pegawai bercakap tanpa mahu dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membuat pelepasan maklumat.

Artikel Berikut

Artikel Lain