suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Maut Serangan di Pusat Pemulihan Dadah di Mexico

TORREON (Mexico): Seorang lelaki bersenjata menembak mati 11 orang dan sembilan yang lain cedera dalam serangan di sebuah pusat pemulihan dadah di utara Mexico.

“Penyerang memasuki pusat pemulihan mengunakan dua trak pikap sebelum melepaskan tembakan," kata seorang pegawai polis kanan yang enggan namanya disiarkan.

Serangan sama berlaku hampir setahun lalu di pusat pemulihan berkenaan yang turut mengorbankan 11 orang dan dua cedera. Sebanyak lima pusat pemulihan, semuanya terletak di sebelah udara negara itu yang diserang pada 2010.

Serangan terburuk pada Jun tahun berkenaan dengan 30 lelaki bersenjata melepaskan tembakan di bandar Chihuahua yang meragut 19 nyawa.

Pusat pemulihan dadah sering menjadi sasaran rangkaian pengedar dadah bagi memastikan penagih yang ditahan tidak memberikan maklumat kepada polis. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain