suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangladesh Mahu Tingkatkan Penghantaran Pulang Wang Melalui Rangkaian Perbankan Rasmi Dari Malaysia

NEW DELHI: Bangladesh sedang berusaha meningkatkan penghantaran pulang wang ke negara itu dengan menggalakkan pemindahan wang melalui rangkaian perbankan rasmi oleh rakyatnya yang tinggal di Malaysia.

Bekas Presiden Dewan Perniagaan dan industri Bangladesh-Malaysia Syed Moazzem Hossain berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui Pameran Bangladesh 2012 kedua di Kuala Lumpur dari 13-15 Jun.

Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran pameran itu.

Bagi mencapai tujuan itu, sebilangan bank akan mengambil bahagian dalam pemeran itu bagi membantu setengah juta rakyat Bangladesh yang bekerja dan tinggal di Malaysia, untuk melakukan penghantaran pulang wang melalui rangkaian perbankan rasmi, Syed Moazzem yang dipetik "The Financial Express" sebagai berkata.

Katanya wang penghantaran pulang dari Malaysia boleh mencecah US$1.5 bilion (RM4.67 bilion) jika kesemuanya dihantar melalui rangkaian yang sah berbanding dengan US$1 bilion (RM3.11 bilion) sekarang ini. - BERNAMA

Artikel Lain