suria

Wanita Belum Berkahwin Kecam Definisi Baru “Wanita Baik”

TAIPEI: Seorang wanita Taiwan yang belum berkahwin pada Khamis mengecam kamus dalam talian Kementerian Pendidikan negara itu yang mendefinisikan “wanita baik” sebagai seorang yang memfokuskan tentang kehidupan keluarganya dan menghormati suami.

Beberapa pengubal undang-undang wanita mengecam tindakan kementerian itu yang bersifat berat sebelah terhadap wanita yang belum berkahwin dan menggalakkan amalan cauvinis.

“Sifat-sifat baru bagi seorang wanita yang baik adalah mengutamakan kehidupan dan keluarganya, serta menghormati suaminya, menjaga anak-anaknya dan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keharmonian dan kebahagian rumah tangga,” jelas kamus tersebut.

Penggubal undang-undang, Lo Shu-lei yang masih bujang berkata, kementerian tidak menyedari tentang keadaan semasa dan mendiskriminasi wanita-wanita yang tidak berkahwin, sambil menambah bahawa seorang wanita yang baik sepatutnnya diterjemahkan sebagai “yakin, rajin dan berdikari”.

Chen Ting-fei yang juga seorang penggubal undang-undang yang belum berkahwin berkata: “Ia merupakan pemikiran lelaki yang cauvinis dan feudalistik. Saya tiada mood kerana saya saya sekarang adalah seorang wanita yang tidak baik memandangkan saya tidak mempunyai suami dan anak-anak untuk dijaga.”

Kementerian itu berjanji untuk menghormati kualiti jantina dan sedang mendapatkan nasihat daripada kumpulan yang relevan ketika mengemaskini kamus tersebut. - AFP

Artikel Lain