suria

45 Mangsa Nahas Pesawat Sukhoi Dikenal Pasti

JAKARTA: Seramai 45 mangsa yang terbunuh dalam nahas kapal terbang Rusia di Indonesia telah dikenal pasti, kata seorang pegawai polis forensik pada Isnin, manakala pakar masih menyiasat punca pesawat terhempas.

"Kami mengenal pasti 45 mangsa yang terdiri daripada 35 rakyat Indonesia dan 10 orang warga asing - lapan dari Rusia, seorang dari Amerika dan seorang dari Perancis," kata pakar forensik polis negara, Anton Castilani.

"Proses mengenal pasti telah selesai pada Ahad dan kami akan menyerahkan mayat dan pemberitahuan kematian kepada keluarga mereka pada pagi Rabu," katanya.

Mayat warga asing akan diserahkan kepada saudara-mara mereka atau wakil di Indonesia, tambah Castilani.

Pesawat Sukhoi Superjet 100 terhempas ke Gunung Salak, selatan Jakarta, pada 9 Mei dengan semua 45 penumpang dan anak kapal di atas kapal hilang.

Bahagian-bahagian badan bertaburan di kawasan hutan tebal dan dalam gaung. 35 beg mayat telah dihantar ke Jakarta.

Pakar sedang menyiasat perakam suara kokpit kapal terbang bagi mendapatkan petunjuk punca ia terhempas semasa penerbangan demonstrasi.

Pencarian "kotak hitam" pesawat, perakam data penerbangan masih diteruskan.

Penerbangan promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan pesawat kepada pelanggan baru, dengan membawa pegawai-pegawai syarikat penerbangan kebanyakannya dari Indonesia.

Terdapat juga empat krew penerbangan dan empat eksekutif Sukhoi dari Rusia di atas pesawat, serta lapan atendan kabin Indonesia, seorang warganegara Amerika dan seorang warganegara Perancis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain