Penjenayah Paling Dikehendaki Di Australia Berjaya Ditahan - Dunia | mStar

Penjenayah Paling Dikehendaki Di Australia Berjaya Ditahan

SYDNEY: Penjenayah paling dikehendaki di Australia yang menyembunyikan diri selama tujuh tahun di dalam hutan tebal di sini berjaya ditahan pada Khamis dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Malcolm Naden ditemui dalam keadaan tidak terurus oleh polis New South Wales di sebuah rumah berhampiran bandar Gloucester, kira-kira 260 kilometer daripada utara, Sydney.

Bekas pekerja rumah sembelihan itu didakwa mencekik saudaranya sehingga mati pada 2005 selain melakukan beberapa jenayah lain.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui beberapa pucuk Rifle semiautomatik tetapi tiada insiden berbalas tembakan dilaporkan.

Kira-kira 50 polis terlibat dalam mengesan Naden di sekitar hutan tebal berdekatan sejak Disember lalu ketika dia menembak dan mencederakan seorang pegawai polis di tempat kejadian.

"Penjenayah paling dikehendaki di Australia berjaya ditahan," kata Komisioner Polis, Andrew Scipione.

Naden turut dibawa ke hospital untuk merawat kakinya yang cedera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain