suria

Slovenia Usul Referendum Pengambilan Anak Angkat Pasangan Gay

LJUBLJANA (Slovenia): Slovenia memegang referendum mengenai undang-undang keluarga yang diusulkan bagi keluarga baru untuk membolehkan pasangan sesama jenis boleh mengambil anak angkat.

Undang-undang itu, yang ditentang oleh golongan konservatif, membolehkan pasangan homoseksual untuk dibenarkan mengambil anak kandung bagi pasangan mereka.

Ia tidak membenarkan pengambilan anak angkat daripada pihak ketiga.

Golongan konservatif itu mengumpul sebanyak 40,000 tandatangan pada Februari bagi menggesa referendum, yang menghujahkan bahawa undang-undang terhadap nilai kekeluargaan secara tradisi dan pasangan gay tidak boleh dibenarkan apa-apa hak pengambilan anak angkat.

Berbeza dengan negara-negara jirannya di Balkan, Alpine dan anggota Kesatuan Eropah bertoleransi mengenai gay.

Slovenia membenarkan pendaftaran rasmi hubungan sesama jenis pada tahun 2006.

Berdasarkan undian, ia menunjukkan para pengundi pada Ahad lebih menyokong undang-undang berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain