suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

62 Terbunuh Dalam Keganasan di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 62 terbunuh dengan lebih separuh daripadanya membabitkan orang awam dalam keganasan terbaru yang tercetus di seluruh Syria, pada Khamis.

Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, seramai 35 orang awam terbunuh dalam serangan tentera di wilayah tengah Syria di Hama dan Homs, serta di Wilayah Idlib di barat daya dan di Daraa, bahagian selatan negara itu.

Pertumpuran juga tercetus menyebabkan 27 askar terbunuh, demikian kenyataan yang dikeluarkan badan yang berpusat di Britain itu. Badan pemantau itu mendakwa, kehilangan nyawa yang tinggi ialah di Wilayah Idlib dengan 17 orang awam terbunuh oleh anggota keselamatan kerajaan, termasuk 10 orang akibat serangan berdarah di sempadan Turki.

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggeasa agar gencatan senjata dilaksanakan di Syria. - AFP

Artikel Lain