suria

Carr Ke Asia Sebagai Lawatan Luar Negara Pertama

CANBERRA (Australia): Menteri Luar Australia, Bob Carr melakukan lawatan ke luar negara yang pertama selepas memegang jawatan itu, dengan mengunjungi Kemboja, Vietnam dan Singapura.

Carr meninggalkan Australia pada Sabtu untuk lawatan seminggu.

Beliau menjadi menteri luar negara itu pada 2 Mac, selepas menteri sebelumnya, Kevin Rudd meletak jawatan di dalam percubaan untuk menjatukan Perdana Mentero, Julia Gillard dalam undian parti dalaman.

Carr dalam satu kenyataannya pada Khamis berkata, beliau berharap untuk membincangkan tentang pembaharuan politik di Myanmar sewaktu lawatannya di Singapura di mana akan bertemu dengan rakan sejawatnya, K. Shanmugam.

Artikel Lain