suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Mati, 20 Cedera Kebakaran Hotel Di Bangkok

BANGKOK: Satu kebakaran berlaku di sebuah hotel di tengah-tengah bandar Bangkok yang popular di kalangan pelancong asing mengakibatkan seorang mati dan 20 lagi cedera, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Punca kebakaran dipercayai bermula di sebuah bilik mesyuarat di tingkat lima hotel Grand Park Avenue di Jalan Sukhumvit.

Asap tebal merebak ke bilik tetamu.

"Seorang pelancong wanita mati akibat lemas dalam asap tebal," kata Pengarah Hospital Kluay Nam Thai, Suvinai Busrakamwongs.

Bagaimanapun kerakyatan wanita berkenaan gagal dikenal pasti kerana mangsa tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

"Seorang lagi pelancong lelaki dari barat sedang menerima rawatan rapi," kata Suvinai. AFP

Artikel Lain