suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis Separuh Bogel Bantah Keganasan Terhadap Wanita

ANKARA: Aktivis hak asasi wanita mengadakan demonstrasi dengan berpakaian separuh bogel bagi membantah keganasan rumah tangga ke atas wanita di Turki.

Demonstrasi itu dilakukan hanya beberapa jam selepas seorang lelaki ditembak mati oleh saudara perempuannya selepas seorang wanita meninggalkan rumah setelah bergaduh dengan suaminya.

Mereka yang membantah terdiri daripada empat anggota kumpulan Femen yang menghias muka seolah-olah kelihatan lebam, melaungkan slogan dan mengangkay sepanduk dalam satu protes selama seminit di Istanbul sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Khamis.

Mereka dengan serta-merta dibawa ke kereta polis dan dibawa keluar dari kawasan itu.

Polis berkata, seorang lelaki yang didakwa mengalami masalah mental telah membunuh seorang ibu berusia 40 tahun di Istanbul, awal Khamis.

Parlimen sedang berusaha untuk menggubal undang-undang bagi memperkenalkan hukuman lebih keras terhadap mereka yang mendera dan menganiaya wanita. - AP

Artikel Lain