suria

53 Terbunuh Protes Terbaru Di Syria

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 53 maut apabila anggota keselamatan bertindak menyuraikan tunjuk perasaan besaran-besaran di bandar Homs yang masuk hari ke-21 semalam yang menuntut pengunduran Presiden Bashar al-Assad.

Pada Jumaat sahaja, seramai 20 orang terbunuh di Homs termasuk empat orang masing-masing di daerah Baba Amr dan Khaldiyeh.

Di daerah berkenaan sahaja ratusan penunjuk perasaan maut sejak pasukan keselamatan melancarkan serangan balas tentera sejak 4 Februari lalu.

“Baba Amr kini sudah menjadi medah berdarah," kata seorang aktivis dalam mesejnya di internet mengenai kejadian serangan bom yang dilakukan anggota tentera kerajaan itu.

"Oh, kepada dunia Arab dan Muslim, mengapa kamu tidak bertindak," katanya.

Wartawan perang Amerika, Marie Colvin dan jurugambar Perancis, Remi Ochlik terbunuh Rabu lalu apabila bom yang tersasar meledak di pusat media di Baba Amr.

Sementara itu anggota keselamatan dilaporkan bertindak agresif menembak mati 18 orang awam, termasuk tujuh sekeluarga di perkampungan Hilfaya di tengah Wilayah Hama, demikian menurut pemerhati hak asasi, Rami Abdel Rahman. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain