suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Terbunuh Pengebom Serang Bandar Afghanistan

AFGHANISTAN: Pengebom berkereta menyerang sebuah balai polis di bandar terbesar di selatan Afghanistan pada hari Isnin, membunuh seorang pegawai polis dalam letupan, kata pegawai.

Penyerang memandu Toyota Corolla sehingga ke pusat pemeriksaan di luar balai polis di Kandahar dan meletupkan bahan letupan itu, kata ketua polis di bandar ini, Abdul Raziq.

Empat orang cedera dalam letupan - dua pegawai polis dan dua orang awam, katanya.

Bunyi tembakan dapat didengar sejurus selepas letupan itu, tetapi Raziq berkata tembakan datangnya daripada pihak polis.

Sebuah kawasan awam berhampiran turut musnah, menurut satu kenyataan pejabat media kerajaan Kandahar.

Tidak ada sesiapa yang segera mengaku bertanggungjawab membuat serangan itu, tetapi ianya menyerupai corak serangan Taliban, yang biasanya memberi tumpuan kepada pusat kerajaan atau pasukan keselamatan.

Bandar Kandahar terus menjadi sasaran serangan walaupun kempen besar-besaran oleh tentera NATO dan Afghanistan pada tahun lepas untuk meningkatkan keselamatan di dalam dan sekitar bandar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain