suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

64 Cedera Dalam Runtuhan Tempat Duduk Konsert

BEIJING: Seramai 64 orang cedera apabila satu bahagian tempat duduk di konsert bintang pop Hong Kong, Wang Fei di barat daya China runtuh.

Berita kendalian kerajaan Beijing berkata, pengunjung konsert mengalami luka, patah tulang dan cedera di kepala setelah satu perancah di belakang pentas runtuh pada malam Jumaat.

Mereka yang duduk di kawasan itu jatuh sehingga kira-kira 5 kaki ke lantai konkrit stadium olimpik bandar Chongqing.

Berita itu berkata, tiada kecederaan yang begitu kritikal. Konsert berkenaan dijadualkan semula pada Isnin.

Wang yang juga dikenali sebagai Faye Wong merupakan salah satu bintang cina paling masyhur di dunia pada tahun 1980an, 1990an dan masih mempunyai ramai peminat di China, Taiwan, Hong Kong dan masyarakat Cina di luar negara. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain