suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Polis Baru Dilantik Atasi Skandal Politik

BEIJING: Seorang ketua polis baru telah dilantik dan kempen yang kontroversi mengenai membanteras jenayah terancang telah dilaksanakan semula di bandar barat daya China yang diserang oleh skandal politik.

Akhbar-akhbar pada Sabtu berkata, Guan Haixiang telah dilantik bagi menggantikan bekas ketua polis Chongqing, Wang Linjun.

Wang dipercayai berada dalam pemantauan polis atas siasatan terhadap dakwaan mengenai cubaannya untuk mendapatkan suaka politik di sebuah konsulat Amerika Syarikat (AS).

Skandal yang melibatkan Wang membangkitkan pelbagai persoalan mengenai masa depan ketua parti komunis Chongqing, Bo Xilai, salah seorang ahli politik berpengaruh di negara itu.

Akhbar-akhbar melaporkan kempen anti-kumpulan terbabit akan dilanjutkan lagi sehingga 20 Jun.

Ia sebelum ini dikritik kerana mengamalkan penyeksaan dan mengabaikan proses yang sewajarnya. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain