suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pemberontak Maut Di Selatan Thailand

BANGKOK: Tiga pemberontak maut dan tiga renjer cedera dalam pertempuran selama 30 minit di daerah Penarek, Pattani pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Penarek Pol Kol Manit Yimsai berkata tujuh pemberontak menyerang sekumpulan renjer semasa anggota penguatkuasa itu menyediakan tempat pemeriksaan di Jalan Penarek-Saiburi di Kampung Naprau, Penarek pada 11 pagi.

Pemberontak yang terbunuh dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai Cek Roslan Cek Umar, 27, manakala identiti dua lagi, kedua-duanya dipercayai berusia 25 tahun, masih belum diketahui.

Pihak berkuasa menemui dua laras M-16 dekat mayat ketiga-tiga pemberontak itu.

"Kami telah dimaklumkan oleh laporan risikan bahawa mungkin akan berlaku serangan pemerontak terhadap ketua kampung di kawasan itu. Renjer berkenaan sudah membuat persediaan rapi untuk menghadapi keadaan itu dan berjaya membunuh tiga pemberontak," katanya.

Beliau berkata empat lagi pemberontak sempat meloloskan diri dan pihak berkuasa sedang memburu mereka.

Kira-kira 5,000 orang terbunuh sejak anggota kumpulan pemisah menyambung semula perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain