suria

Enjin Rolls-Royce Trent XWB Selesai Penerbangan Ujian Pertama

SINGAPURA: Enjin Rolls-Royce Trent XWB telah diuji buat pertama kalinya di udara menerusi pesawat ujian Airbus A380 di Toulouse, Perancis.

Pesawat itu terbang dengan satu daripada empat enjin Trent 900 yang digantikan oleh Trent XWB, enjin pesawat awam paling efisien yang akan digunakan oleh Airbus A350 XWB baharu.

Trent XWB merupakan enjin Trent paling laris dengan lebih 1,100 telahpun terjual. Chris Young, Pengarah Program Rolls-Royce Trent XWB berkata:

"Ia suatu yang melegakan melihat Trent XWB diuji di udara buat pertama kalinya.

"Penerbangan hari ini merupakan hasil daripada usaha keras sejak bertahun-tahun dan menunjukkan kemajuan yang dicatatkan dalam usaha kami menyediakan teknologi utama dunia ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain