suria

Wanita Arab Saudi Dibenarkan Berada Di Stadium

RIYADH: Akhbar yang dikendalikan oleh kerajaan Arab Saudi melaporkan buat pertama kalinya di negara Islam yang konservatif itu membenarkan wanita tempatan untuk menghadiri ke perlawanan bola sepak di stadium.

Akhbar Al-Sharq pada Sabtu yang memetik seorang pegawai yang tidak mahu dikenali berkata, wanita akan dibenarkan menonton perlawanan itu menerusi kemudahan baru yang akan siap pada tahun 2014 di barat Jeddah.

Pegawai itu berkata, stadium baru akan menyediakan ruang untuk keluarga dengan kabin dan balkoni yang privasi untuk wanita yang ingin menonton perlawanan itu.

Arab Saudi menerusi undang-undang Islamnya melarang lelaki dan wanita bukan muhrim untuk bercampur gaul.

Wanita dan lelaki di Arab Saudi kekal diasingkan dengan pergaulan yang terhad dan dilarang untuk kedua-duanya bergaul bersama di tempat awam. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain