suria

Kadar Pengangguran Di Sepanyol Meningkat

MADRID: Kadar pengangguran di Sepanyol meningkat sebanyak 22.85 peratus pada akhir tahun 2011.

Ia merupakan peratusan tertinggi dalam negara perindustrian termaju di dunia dengan lebih 50 peratus golongan mudanya tidak bekerja, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.

Berdasaran laporan Institut Statistik Nasional, kadar pengangguran meningkat daripada 295,300 kepada 5.27 juta pada suku akhir 2011.

Lebih membimbangkan, kadar pengangguran di kalangan rakyatnya yang berusia di antara 16 hingga 24 tahun meningkat kepada 51.4 peratus pada akhir tahun 2011 berbanding 45.8 peratus pada 30 September lalu.

Jumlah tersebut dijangka meningkat berikutan krisis ekonomi yang semakin meruncing di negara itu pada tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain