suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Sederhana Landa Kepulauan Greece

ATHENS (Greece): Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegar selatan kepulauan Laut Aegean di Greece pada Jumaat.

Ia merupakan gegaran kedua dalam tempoh dua hari, kata pihak berkuasa Greece.

Tiada kerosakan dilaporkan tetapi dua orang hanya mengalami kecederaan ringan selepas cuba keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Institut Geodinamik Athens berkata gempa bumi di bawah laut itu berlaku pada pukul 3.33 pagi, Jumaat pada kedalaman 46 kilometer dari tempat peranginan di Santorini dan 247 kilometer dari ibu negara Greece, Athens.

Satu gempa bumi berukuran 5.3 magnitud turut melanda kawasan sama awal pagi Khamis.

Bagaimanapun tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan.

Gempa bumi kuat pernah melanda Athens pada 1999, menyebabkan 143 orang terkorban.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain