suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 4.9 Magnitud Gegarkan Crete

ATHENS: Pihak berkuasa Greek berkata, satu gempa bumi berukuran awal 4.9 magnitud telah menggegarkan selatan negara di kepulauan Aegean termasuk Crete.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dengan segera dalam gempa bumi itu, merupakan yang ketiga dalam masa tiga hari di kawasan itu.

Institut Geodinamik Athens berkata, gempa bumi dari dasar laut yang berlaku pada 12.50 petang waktu tempatan pada Sabtu berlaku kira-kira 243 dari Athens, ibu negara Greek.

Katanya, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 31 kilometer.

Gempa bumi pada 5.3 dan 5.2 magnitud, masing-masing berlaku di kawasan yang sama pada Khamis dan Jumaat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain