suria

Aktivis Generasi 88 Kembali Sertai Reformasi Myanmar

Min Ko Naing (kiri) ketika memberi kenyataan pada sidang media di Pusat Taw Win di Yangon, Myanmar pada Sabtu. Foto EPA.

YANGON: Aktivis-aktivis mahasiswa yang terkenal baru-baru ini dibebeaskan dari penjara berkata, mereka akan berkhidmat dengan reformis politik dan menyokong pro-pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi untuk pilihan raya akan datang.

Min Ko Naing pada Sabtu berkata, Kumpulan Pelajar Generasi 88 akan sentiasa berada dengan mereka yang berjuang untuk “keadilan, kebebasan dan kesaksamaan” dan berganding baru dengan para penyokong reformasi Presiden Thein Sein.

Rakannya, Kyaw Min Yu yang membaca kenyataan itu menyokong Suu Kyi pada sidang media Generasi 88 yang pertama sejak aktivis-aktivis itu dibebaskan pada 13 Januari lalu.

Mereka juga menggesa supaya tahanan politik dibebaskan dan aktivis yang digugurkan dialu-alukan kembali serta mengakhiri konflik etnik yang berlaku.

Ia merujuk kepada pemberontakan demokrasi yang gagal pada tahun 1988 sehingga menyebabkan hukuman penjara yang panjang untuk aktivis. - AP

Artikel Lain