suria

Wujud Kerjasama Dengan China, Kes Penipuan Di Taiwan Turun 26 Peratus

TAIPEI: Kes penipuan di Taiwan menurun sebanyak 26 peratus pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya selepas kepulauan itu mengadakan kerjasama dengan China bagi menangani masalah jenayah, kata kerajaan negara itu pada Ahad.

Sejumlah 28,494 kes dilaporkan pada 2010 dengan kerugian sebanyak ASD203 juta (RM641.46 juta) berbanding 38,802 kes, menurut perangkaan terbaru oleh kerajaan Taiwan.

Hampir 3,000 suspek telah ditahan sejak kedua-dua negara itu mengadakan kerjasama pada 2009 untuk mengambil tindakan serius terhadap penipuan Internet dan telefon yang semakin meningkat di Taiwan, kata kerajaan.

Taiwan dan China telah bekerjasama dalam perkongsian maklumat, mengadakan serbuan dan menangkap penjenayah serta menghantar semual ke negara asalnya bagi mengurangkan kes jenayah seperti penipuan, penyeludupan dadah dan pemalsuan wang.

Dalam salah satu serbuan secara besar-besar, hampir 600 orang telah ditahan pada tahun lalu melibatkan Taiwan, China dan Asia Tenggara dalam satu penipuan berangkai, menurut polis Taiwan.

China merupakan destinasi tumpuan bagi penjenayah Taiwan untuk melarikan diri daripada tertangkap sehingga Taipei dan Beijing dengan menandatangani perjanjian serangan jenayah pada 2009 sekali gus merapatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua negara berpecah pada 1949 selepas perang saudara tetapi Beijing masih melihat pulau itu sebagai sebahagian daripada penyatuan semula wilayah dan akan menggunakan kekerasan sekiranya perlu. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain