suria

AS Temui Gas Asli Jumlah Besar Di Australia Barat

MELBOURNE: Chevron, dari Amerika Syarikat (AS) telah menemui gas asli dalam jumlah yang besar di Lembangan Carnavon di Australia Barat.

Syarikat itu pada Jumaat melaporkan kejayaan eksplorasi di telaga Satyr-3nya, yang sedalam 1.12km.

Presiden Chevron Asia-Pacific Exploration and Production Co Melody Meyer berkata penemuan itu menambah asas sumber syarikat itu di Australia.

"Ia meningkatkan lagi kedudukan pelan jangka panjang Chevron sebagai salah satu pembekal gas asli cecair (LNG) utama di dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Telaga itu diusahakan secara usahasama dengan Exxon Mobil dan Shell.

Artikel Berikut

Artikel Lain