suria

China Catat Sejarah, Lebih Ramai Penduduk Tinggal Di Bandar Berbanding Luar Bandar

BEIJING: Buat pertama kali dalam sejarah, lebih ramai rakyat berbangsa Cina tinggal di bandar-bandar berbanding di kawasan luar bandar, menurut satu kenyataan di Beijing.

Biro Perangkaan Negara, pada Selasa berkata bahawa penduduk bandar menyumbang sebanyak 51,27 peratus daripada 1,34 bilion penduduk di China pada akhir tahun lepas.

Angka tersebut merupakan peningkatan 1,32 mata peratusan berbanding tahun 2010.

Jumlah angka termasuk 252,78 juta pekerja asing, walaupun tidak jelas bagaimana mereka diklasifikasikan.

China meminta semua rakyatnya mendaftarkan diri sama ada sebagai penduduk bandar atau luar bandar, tetapi perbezaan antara keduanya menjadi kabur akibat sekatan yang longgar dan penduduknya bersaing dengan aliran migrasi.

Sesetengah wilayah di China telah menggesa penduduknya di luar bandar berpindah ke bandar dan memberikan tuntutan terhadap tanah ladang mereka sebagai balasan, tetapi tawaran itu belum diguna pakai secara meluas. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain