suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Panda Gergasi Mulakan Kehidupan Baru Di Perancis

BEIJING: Dua ekor beruang panda gergasi meninggalkan China untuk memulakan kehidupan baru di Perancis.

Sebuah kapal terbang khas yang ditempah untuk membawa panda betina, Huan Huan dan panda jantan, Yuan Zai berlepas dari bandar Cengdu pada Ahad.

Kedua-dua panda tersebut akan ditempatkan di zoo Beauval, Perancis selama 10 tahun di bawah perjanjian kajian di antara China dan Perancis.

Perpindahan sepasang panda geragasi ke Perancis merupakan kali pertama dilakukan sejak lebih 10 tahun.

Pengunjung zoo boleh melihat gelagat sepasang panda berusia tiga tahun itu bermula 11 Februari depan.

China sering menghantar panda untuk merapatkan hubungan dengan negara lain.

Bulan lalu, dua ekor panda dari China dihantar ke zoo Edinburgh di Scotland.

Panda merupakan spesies terancam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain