suria

13,700 Rumah Di Banten, Jakarta Dinaiki Air

JAKARTA: Sejumlah 13,755 rumah di 97 kampung di Serang, Pandeglang dan Lebak di wilayah Banten, sebuah negeri yang berjiran dengan ibu kota Jakarta, dinaiki air antara 30 sentimeter sehingga lima meter berikutan hujan lebat yang kerap berlaku sejak Jumaat.

Kekerapan hujan itu telah menyebabkan sungai Ciujung, Ciliman, Cimandiri dan Cilemer di Banten melimpah hingga membanjiri kawasan penempatan, demikian menurut kenyataan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) di sini, Ahad.

Kawasan paling teruk dinaiki air iaitu sehingga lima meter ialah di Ciujung, Serang.

Banjir itu turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan Banten-Citorek, Lebak mengakibatkan sebuah rumah tertimbus dan menyebabkan seorang penghuninya meninggal dunia.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahaan belum dapat dipastikan manakala bantuan makanan dan air bersih serta keperluan bayi masih terbatas, kata BNPB.

Artikel Lain