suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Suspek Lanun Di Perairan Somalia Diberkas

LONDON: Tentera laut Britain mengesahkan penahanan 13 lelaki yang disyaki lanun di perairan Somalia pada Jumaat dalam operasi bersepadu NATO yang diketuai Amerika Syarikat.

Pasukan Tentera Laut Diraja Britain itu menahan mereka dalam sebuah bot selepas memberi amaran oleh kapal peronda tentera Fort Victoria dan USS Carney.

Kapal peronda Victoria dilengkapi helikopter tempur Lynx dengan pasukan penembak tepat terlebih dahulu memberi amaran kepada suspek berkenaan tetapi tidak dihiraukan.

Pasukan marin dari kapal Victoria kemudian mengejar bot lanun berkenaan dan berjaya merampas pelbagai senjata api.

Setiausaha Pertahanan Britain, Philip Hammond berkata, operasi bersepadu itu adalah sebahagian keupayaan Britain dalam menangani ancaman lanun yang menggugat kepentingan negara itu.

Artikel Lain