suria

AS Setuju Jual Pesawat Pejuang F-15SA Kepada Arab Saudi

HONOLULU: Keputusan penjualan jet pejuang F-15SA bernilai $30 bilion kepada Arab Saudi telah dimuktamadkan bagi meningkatkan kekuatan tentera sekutu utama AS di Timur Tengah untuk membantu menyerang Iran, pentadbiran Obama mengumumkan Khamis.

Di bawah perjanjian itu, Amerika Syarikat (AS) akan menghantar 84 jet pejuang baru dan 70 lagi yang dinaik taraf kepada Arab Saudi.

Pengeluaran pesawat, yang akan dibuat oleh Boeing Co akan membuka 50,000 peluang pekerjaan dan memberi kesan bernilai AS$3.5 bilion terhadap ekonomi tahunan di AS, menurut kenyataan di White House.

Urusan jual beli ini adalah sebahagian daripada usaha besar AS untuk menyusun semula dasar-dasar pertahanan di Teluk Parsi.

Pengumuman ini dibuat selepas pegawai-pegawai di AS menerima ancaman baru dari Tehran.

Tehran, pada minggu ini memberi amaran gangguan lalu lintas di Selat Hormuz, Teluk Parsi yang menjadi penting laluan pengangkutan minyak, jika Washington mensasarkan melakukan sekatan baru terhadap levi eksport bahan mentah Iran.

Penjualan jet pejuang ini adalah sebahagian daripada urusan ketenteraan dengan Arab saudi melibatkan nilai sejumlah $60 bilion termasuk senjata, helikopter, pelbagai peluru berpandu, bom dan sistem penyampaian yang luas, serta sistem amaran radar dan sistem amaran cermin malam.

Kongres memutuskan perjanjian ini kira-kira setahun yang lalu.

Pelan itu pada mulanya menimbulkan kebimbangan penggubal undang-undang pro-Israel, tetapi pegawai AS memberi jaminan kepada Kongres tentang kelebihan jualan dan tidak akan menindas ketenteraan Israel.

Selain itu, kini terdapat perjanjian di antara Israel, negara-negara teluk Arab dan Barat bahawa ancaman Iran adalah penting dan tidak dapat diramalkan.

Arab Saudi dan Iran adalah pesaing serantau. Ketegangan antara mereka terus tercetus awal tahun ini selepas AS menuduh Iran berkomplot untuk membunuh duta Arab Saudi ke AS di Washington awal tahun ini.

Arab Saudi mempunyai pasukan ketenteraan yang paling maju negara-negara Teluk Arab, salah sebuah negara terkaya di dunia, dan menjadi negara penting dasar Amerika di Timur Tengah.

Ia juga penting untuk keselamatan tenaga AS, dengan kedudukan Arab Saudi sebagai sumber ketiga terbesar import minyak AS.

White House mengumumkan perjanjian dengan Arab Saudi dari Hawaii, yang menjadi tempat di mana Presiden Barack Obama bercuti.

Artikel Berikut

16 Terbunuh Kebakaran Di Myanmar

Artikel Lain