suria

Pilihan Raya Iran: 5,395 Calon Layak Mendaftar Untuk Bertanding

TEHRAN: Menteri Dalam Negeri Iran, Mostafa Mohammad Najjar berkata, kira-kira 5,395 calon yang layak telah mendaftar untuk bertanding pada pilihan raya Mac depan.

Menurutnya, setiap permohonan akan ditapis oleh pemerhati perlembagaan sebelum calon dibenarkan untuk bertanding.

Beliau berkata, pendaftaran itu dibuka sejak minggu lalu dan berakhir pada Jumaat.

Kenyataan tersebut disiarkan dalam laman web kementeriannya.

Pilihan raya pada 2 Mac depan mempertaruhkan 290 kerusi yang akan direbut penyokong dan pembangkang Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Beberapa parti reformis utama berkata, mereka enggan menamakan sebarang calon kerana tuntutan untuk mengadakan pilihan raya bebas dan telus belum dipenuhi.

Pilihan raya itu tidak akan mengubah haluan politik Iran yang ditentukan oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain