suria

Dua Aktivis Di Vietnam Dipenjara Kerana 'Propaganda'

HANOI: Seorang penulis wanita di Vietnam dijatuhi hukuman penjara lima tahun tas tuduhan menyebarkan propaganda anti-kerajaan, kata media tempatan, Jumaat, manakala aktivis gereja turut dipenjara selama dua tahun.

Ho Thi Bich Khuong, 44, yang telah ditangkap tiga tahun lalu menerima hukuman penjara lima tahun dan Nguyen Trung Ton, 40, telah diberikan hukuman tambahan penalti dua tahun, lapor akhbar Parti Komunis, Nhan Dan.

Perbicaraan terhadap mereka diadakan selama sehari pada hari Khamis di wilayah pusat Nghe An, katanya.

Kedua-dua mereka ditangkap pada 15 November kerana "mengumpul dokumen dan menulis artikel yang mencemarkan reputasi Parti Komunis dan rejim Sosialis", demikian menurut laporan itu.

Parti Komunis merupakan satu-satunya parti yang diberi kuasa politik di Vietnam.

Khuong juga dituduh kerana memberikan wawancara kepada stesen radio asing melibatkan negara itu dan memasukkannya di internet.

Dia dihukum penjara selama dua tahun pada bulan April 2008 atas tuduhan menyalahgunakan kebebasan demokrasi untuk melanggar undang-undang dan kepentingan negara.

Kumpulan hak asasi manusia berkata puluhan pengkritik aman politik mereka yang berkempen di Vietnam terpaksa meringkuk dalam penjara sejak negara satu parti itu mengumumkan ketegasannya terhadap hak kebebasan bersuara pada akhir tahun 2009.

Bulan lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton berkata Vietnam perlu memperbaiki rekod hak asasi manusianya.

Artikel Berikut

16 Terbunuh Kebakaran Di Myanmar

Artikel Lain