suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Filipina Berdepan Kes Jenayah Kedua

MANILA: Pendakwa anti-rasuah telah memfailkan kes jenayah kedua terhadap bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo terhadap urusan yang disifatkan terlalu mahal dengan syarikat telekomunikasi gergasi dari China dan didakwa melibatkan sogokan besar.

Arroyo telah ditangkap pada bulan lepas atas pertuduhan berasingan - penipuan pilihan raya dan telah ditahan di sebuah hospital tentera.

Beliau sebelum ini menafikan dakwaan salah laku, tetapi pada tahun 2008, beliau telah membatalkan urus niaga perdana kerajaan Filipina dengan syarikat dari China ZTE Corp bernilai $330 juta untuk menubuhkan satu rangkaian jalur lebar di seluruh negara.

Kes terbaru yang difailkan Selasa adalah sebahagian daripada usaha Presiden Benigno Aquino III membanteras rasuah di peringkat tertinggi yang berleluasa di Filipina.

Aquino menyalahkan Arroyo kerana mengamalkan rasuah dalam tempoh satu dekad.

Artikel Lain