suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekurang-Kurangnya 13 Terbunuh Dalam Kebakaran Lori Tangki Di Venezuela

CARACAS: Sebuah lori tangki membawa minyak merempuh kereta dan bas di Venezuela menyebabkan sekurang-kurangnya 13 terkorban, Khamis.

Petrol yang dibawa lori tangki tersebut dikatakan tertumpah sehingga menyebabkan tujuh kenderaan berhampiran terbakar, kata Ketua Bahagian Kebakaran di Caracas, William Martinez.

Dalam keadaan kenderaan yang hitam dan hangus terbakar, pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Martinez berkata pemandu lori berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika memandu di lebuh raya di Caracas tetapi punca kemalangan sebenar masih tidak jelas.

Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam kemalangan tersebut, kata Ketua Polis Negara, Luis Fernandez.

Pemandu lori berusia 30 tahun, Tulio Estenique bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan telah ditangkap, kata pihak pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Beliau akan ditahan bagi membantu proses siaatan kerana bertanggungjawab menyebabkan kemalangan ini.

Menurut saksi, lori tersebut dilihat memandu laju, tambah pihak pendakwa.

Artikel Berikut

16 Terbunuh Kebakaran Di Myanmar

Artikel Lain