suria

AS Tegaskan Tiada Keputusan Dibuat Tentang Kemasukan Saleh

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan mereka belum lagi memutuskan untuk membenarkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh ke negara tersebut untuk mendapatkan rawatan perubatan.

"Walaupun terdapat percanggahan laporan, AS masih menimbangkan permintaan Presiden Saleh untuk memasuki AS semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata jurucakap Timbalan Ketua Jabatan Negara, Mark Toner.

"Pengadilan sama visa akan dibuat akan diputuskan selepas proses akhir kajian dalaman dibuat. Jabatan Negara akan mengesahkan bahawa keputusan telah dicapai hanya selepas proses ini telah selesai."

Pada hujung minggu lalu, satu keganasan tercetus di Yaman dan Saleh menimbulkan kekecohan dengan berkata beliau mahu melawat Amerika Syarikat, tetapi bukan untuk mendapatkan rawatan kecederaan yang dialami dalam satu serangan ke atas istananya Jun lalu.

Seorang pegawai kanan AS berkata pejabat Saleh telah menghubungi kedutaan AS di Sanaa dan kata Presiden mahu pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan perubatan khusus.

Timbalan jurucakap White House Josh Earnest berkata pada Isnin bahawa pegawai AS masih menimbangkan permintaan Saleh dan tiada keputusan telah dibuat, selepas New York Times memetik seorang pegawai berkata pemimpin Yaman akan diberi masuk.

Pada hari Selasa, Toner berkata: "Dalam semua kes yang melibatkan seorang warganegara asing bertujuan memasuki ke AS, proses formal akan dijalankan untuk menentukan kelayakan pemohon visa ke negara ini.

"Proses ini boleh berubah-ubah mengikut masa, sehinggalah setiap langkah dan prosesnya selesai, tiada penentuan muktamad dibuat."

Permintaan Saleh telah meletakkan pentadbiran Presiden AS, Barack Obama pada satu situasi yang sukar.

Washington mahu memastikan peralihan politik di Yaman pada pilihan Februari ini.

Pentadbiran Obama mungkin akan menghadapi kritikan hebat jika ia dilihat melindungi pemimpin yang dipersalahkan kerana kematian beratus-ratus orang dalam protes terhadap pemerintahannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain