suria

100 Cedera Akibat Bunga Api Krismas Di Buenos Aires

BUENOS AIRES: Lebih daripada 100 orang telah dikejarkan ke hospital di bandar Argentina dengan beberapa kesan luka terbakar yang serius dan kecederaan mata akibat terkena bunga api Krismas, kata pegawai perubatan, Ahad.

"Kami mempunyai peningkatan 20 peratus berbanding tahun lepas, dengan 57 pesakit yang dimasukkan dengan kecederaan mata yang teruk," kata Ketua Kecemasan Hospital Mata Santa Lucia, Fernando Pellegrino.

Hospital Burn Buenos Aires pula merawat 27 pesakit dengan kesan terbakar akibat terkena bunga api dan mercun yang digunakan oleh penduduk untuk meraikan cuti perayaan di bandar terbesar di Argentina, menurut pegawai hospital, Miriam Minho.

Kes paling serius ialah kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dengan 38 peratus luka terbakar pada tubuhnya, katanya.

Lebih 20 kanak-kanak, termasuk bayi berusia lapan bulan menjadi mangsa letupan dan ada di antara mereka yang cedera. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain