suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upacara Pengebumian Kim Jong-il Bermula

MOSCOW: Upacara pengebumian bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il telah bermula pada Rabu di Pyongyang, lapor ITAR-Tass, satu-satunya media Rusia yang mempunyai pejabat di negara ini.

Fasa pertama majlis bermula pada pukul 10 pagi di Memorial Istana Kumsusan, di mana mayat pemimpin itu diletakkan dalam keranda kaca, kata agensi itu.

Perarakan jenazah dengan keranda dijangka melalui jalan-jalan di Pyongyang sebagai sebahagian daripada prosiding tanpa tidak melibatkan orang ramai.

Beratus-ratus ribu rakyat Korea Utara dijangka berkumpul di tepi jalan Pyongyang dalam suasana dingin untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin mereka.

Delegasi asing bagaimanapun, tidak dijemput untuk pengebumian Kim, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu pada usia 69 tahun.

Beliau digantikan oleh anaknya, Kim Jong-Un yang berusia lewat 20-an. Rakyat di seluruh negara itu berkabung dan memperingati pemimpin mereka selama tiga minit pada tengah hari sehingga Khamis. Kereta api, kapal dan kenderaan lain akan membunyikan semboyan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain