suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Nahas Kapal Terbang Di Sioux Falls

SIOUX FALLS:Seorang juruterbang dan tiga penumpang maut dalam nahas sebuah pesawat ringan pada Jumaat.

Beberapa saksi menyifatkan keadaan di lokasi pesawat tersebut terhempas berhampiran lapangan terbang wilayah Sioux Falls sebagai sesuatu yang mengerikan.

Bagaimanapun pegawai di lapangan terbang itu enggan mendedahkan identiti keempat-empat mangsa kerana masih menunggu pengesahan daripada keluarga masing-masing.

Jurucakap Pengurusan Penerbangan Persekutuan (FAA), Tony Molinaro berkata, pesawat Cessna 421-C berlepas dari Joe Foss Field menuju ke Rapid City pada pukul 2.24 petang.

Tidak lama kemudian, dua enjin pesawat itu mengalami kerosakan dan menyebabkan ia berpatah balik sebelum terhempas.

Pegawai Bomba, Jim Sideras berkata, pasukan penyiasat masih belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

Molinaro berkata, FAA akan memulakan siasatan dan menyerahkan segala bukti penemuan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Menurut data NTSB, pasukannya menyiasat insiden kapal terbang terhempas di Sioux Falls buat kali terakhir pada 1984.

Artikel Berikut

Artikel Lain