suria

Beratus Juta Dolar Didepositkan Ke Dalam Akaun 15 Ahli Parlimen Kuwait Cetus Kontroversi

KUWAIT: Beratus juta dolar Amerika telah didapati didepositkan ke dalam akaun 15 orang ahli parlimen Kuwait termasuk ke dalam akaun isteri mereka yang disyaki dari sumber wang haram atau 'money laundering'.

Atas arahan pihak berkuasa, bank pusat Kuwait telah membekukan akaun-akaun tersebut selepas mereka mengesyaki sesuatu yang luar biasa dengan jumlah yang begitu banyak yang didepositkan ke dalam akaun berkenaan.

Dakwaan itu telah dilaporkan dengan meluas oleh akhbar-akhbar negara teluk pada Khamis.

Siasatan ke atas 15 orang ahli parlimen itu sebenarnya telah pun bermula September lalu selepas tiga buah bank memaklumkan kepada bank pusat bahawa sejumlah wang dengan jumlah yang sangat luar biasa telah didepositkan ke akaun ahli-ahli parlimen berkenaan dari sumber yang tidak dikenali.

Isu mengenai wang haram yang dikaitkan dengan 15 anggota parlimen ini adalah di antara beberapa isu yang membawa kepada perletakan jawatan Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri Kuwait.

Adalah dianggarkan dana haram itu berjumlah AS$350 juta dengan deposit yang paling besar ke atas salah seorang ahli parlimen tersebut adalah berjumlah AS$7.3 juta dan tambahan AS$18.2 juta lagi dalam akaun isterinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain