suria

Samsung Menang Rayuan Untuk Terus Jual Galaxy Di Australia Buat Sementara Waktu

SYDNEY: Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung pada Rabu telah memenangi rayuan agar mahkamah membenarkan mereka meneruskan jualan tablet Galaxy di negara ini selepas dihalang oleh Apple.

Mahkamah Persekutuan Australia di sini telah menarik buat sementara waktu halangan penjualan Galaxy 10.1 sementara menunggu keputusan akhir perbicaraan.

Apple mendakwa Samsung telah mencipta tablet Galaxy dengan meniru perisian yang digunakan oleh tablet iPad keluarannya. Dengan keputusan itu, Samsung akan dibenarkan melancarkan Galaxy Tab 10.1 di Australia dengan syarat ia perlu menunjukkan segala transisi penjualan tablet itu.

Sebelum itu, pada bulan Oktober, Mahkamah Persekutuan telah memberi arahan interim untuk menghalang Galaxy 10.1 daripada dijual di Australia selepas mendapati Apple telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Samsung berhubung dengan teknologi sesentuh skrin.

Kedua-dua syarikat ini berhadapan dengan perbalahan yang sama di Jerman, Jepun, Korea Selatan dan juga Amerika.

Artikel Lain