suria

Lebanon & Israel Berbalas Tembakan Roket Cetuskan Ketegangan Baru Di Timur Tengah

JERUSALEM: Beberapa bedilan roket yang dilancarkan dari Lebanon telah menjunam ke wilayah Israel pada Selasa sekaligus mengundang reaksi yang sama daripada Israel dan mencetuskan ketengangan baru di Timur Tengah.

Ini adalah serangan dan bedilan roket yang pertama ke arah Israel dari Lebanon dalam tempoh dua tahun dan juga sejak Israel mengisytiharkan perang ke atas Hezbollah pada tahun 2006.

Tentera Israeli mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa beberapa bedilan roket telah menjunam ke wilayah Galilee tetapi tidak ada yang terkorban atau tercedera.

Di Lebanon pula, pihak tentera mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya empat serangan balas telah dilancarkan oleh Israel.

Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lebanon turut mengesahkan mengenai serangan roket tersebut.

Panglima UNIFIL di Lebanon, Major Jeneral Alberto Asarta Cuevas berkata, serangan tersebut amat jelas bertujuan untuk mencetuskan ketegangan baru di sempadan Lebanon-Israel.

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Serangan Bom

Artikel Lain