suria

Empat Maut Dalam Serangan Gereja

MAIDUGURI: Pihak berkuasa dan saksi mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam serangan di bandar di timur laut Nigeria yang menyaksikan gereja dan bangunan perniagaan dibakar.

Serangan tersebut berlaku pada malam Sabtu di bandar Geidam di daerah Yobe.

Saksi berkata, penyerang tersebut meletupkan balai polis dan menyerang sebuah bank, membakar pusat perniagaan dan sekurang-kurangnya lapan buah gereja.

Serangan tersebut berlaku selepas serangan terdahulu pada 4 November yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas Boko Haram yang mengorbankan lebih 100 orang.

Boko Haram yang bermaksud ‘pendidikan Barat adalah haram’ dan mahu mahu menguatkuasakan undang-undang Syariah di Nigeria. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain