suria

Polis Iraq: Tujuh Maut Ekoran Insiden Bom Di Baghdad

BAGHDAD: Pegawai Polis Iraq berkata, seramai tujuh orang telah terbunuh dalam dua letupan di tengah-tengah Iraq.

Pegawai-pegawai Polis berkata, sebanyak dua butir bom yang ditanam pada awal pagi Sabtu di tempat di mana buruh-buruh sering berkumpul di Sunni kampung al-Zaidan, berhampiran bandar Abu Ghraib di barat Baghdad.

Pegawai tersebut berkata, dua bom yang meletup selang beberapa minit itu turut mencederakan 11 buruh lain. Seorang pegawai kesihatan di Hospital Besar Abu Ghraib telah mengesahkan jumlah itu.

Semua pegawai-pegawai yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan maklumat.

Keganasan mulai surut di seluruh Iraq tetapi masih ramai yang maut kerana pengeboman dan tembakan yang berlaku hampir setiap hari apabila tentera Amerika Syarikat melakuka persiapan untuk meninggalkan bandar itu menjelang akhir tahun ini. - AP

Artikel Lain